Tuesday, February 16, 2010

25 sifat tawan hati lelaki",

1. Bentuk tubuh yang menarik. Potongan badan ibarat model sudah tentu membuatkan suami tidak lepas memandang anda.

2. Selain bentuk tubuh, aset penting lain pada tubuh wanita yang mampu memikat suami adalah mata dan langkah yang kemas.

3. Sentiasa tersenyum bila berinteraksi dengan suami. Sekiranya anda memang punyai pendidikan yang lebih tinggi dari suami janganlah pula anda terlalu menunjuk-nunjuk.

4. Lemah lembut, sifat ini sudah cukup untuk mencairkan hati semua lelaki. Tapi jangan pula lemah-lembut yang dibuat-buat sehingga naik meluat suami melihatnya.

5. Jujur dan sentiasa merendah diri. Tiada lelaki yang suka pada isteri yang gemar menipun dan juga menunjuk-nunjuk.

6. Penampilan yang bersih dan cantik, Seksi atau tidak itu terpulang pada diri anda sendiri. Solekan pula tidak terlalu tebal kerana suami sudah tentu tidak suka melihat isteri dengan wajah putih bertopeng.

7. Walaupun anda memiliki paras rpa yang cantik tapi janganlah terlalu perasan.

8. Selain sifat lemah lembut, sifat manja yang memeng semula jadi ada pada wanita juga mampu mencairkan hati malah ego suami.

9. Bijak menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan terutama jika suami selalu menghadiri majlis.

10. Tidak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan juga remeh-temh bila bersama suami. Ia hanya akan membuatkan dia cepat bosan dengan anda.

11. Bersikap matang dalam tutr kata dan juga tingkah laku. Suami juga kurang senang dengan sikap isteri yang terlalu kebudak-budakan.

12. Tidak membandingkan suami anda dengan bekas teman lelaki atau rakan lelaki anda di pejabat. Tindakan ini jelas menyinggung hati suami.

13. Jadilah peneman suami ketika susah mahupun senang. Caranya bertanya pada suami jika melihat wajahnya sugul begitu juga bila melihatnya teruja gembira.

14. Jadilah seorang pendengar yang setia kerana suami tidak suka isteri yang suka memotong atau membangkang kata-kata mereka.

15. Pandai membelai pasangan kerana walaupun kasar, lelaki sangat suka dibelai dan dimanjakan oleh isteri.

16. Jangan terlalu meminta, mendesak dan merengek bila bersama suami. Ini satu lagi sikap yang membuatkan suami lekas bosan.

17. Sentiasa bersikap prihatin terhadap suami, hubungi suami di tempat kerja walaupun anda bertemunya setiap hari di rumah.

18. Tunjukkan kamu seorang wanita dan isteri yang mampu berdiri atas kaki sendir tapi sekali sekala mintalah bantuan daripaa suami untuk menunjukkan kamu juga memerlukan dirinya.

19.Tunjukkan bahawa kamu bukanlah wanita yang mudah untuk dipermain-mainkan dan punya prinsip diri yang kukuh.

20. Berterus teranglah dengan suami dalam segala hal, jangan bersikap mulut cakap lain tapi hati lain.

21. Jangan terlalu mengongkong, ia adalah sikap wanita yang tidak disukai suami. Berikan dirinya sedikit tali kebebasan tapi pada masa yang sama kawallah tali tersebut supaya tidak terlepas.

22. Hormati suami, termasuklah ahli keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

23. Jangan tunjukkan anda isteri yang terlalu sempurna dan terlalu baik dalam segala segi. Semua orang tahu tiada siapa yang sempurma dalam dunia ini.

24. Pandai memasak. Bonus buat seorang isteri jika dirinya mahir menyediakan hidangan terutama yang digemari suami. Lagipun ada kata pepatah menyebut cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya.

25. Beri didikan sebaiknya kepada anak-anak kerana semua suami mengharapkan isteri mendidik zuriatnyadenagn sempurna baik terutama dari segi akhlask dan tingkah laku.

No comments: