Wednesday, February 17, 2010

menarik nie,,hehe

Datang Bulan:Masalah Lelaki atau Perempuan?

|Period|Sakit Tuan Puan|Kesihatan|Penjagaan Rapi Faraj|

Huh, kali ini artikel pasal 'periode'. Benda ni takde kene mengena dengan lelaki tulen atau pondan / mak nyah sebenarnya. Lain kalo ia dibiaskan pada pengkid atau tomboy, ia mungkin sesuai asalkan mereka mempunyai 'apam' yang sihat dan berfungsi secara normal.:eheh: Oleh kerana bijak pandai 'chok-betul' suka mengistilahkan seseorang itu dengan sifat wujud perilakunya yang abnormal kerana melawan adat manusia biasa, maka lahirlah istilah pelik seperti maknyah, pengkid, bohsia, bohjan, pondan, lesbian, gay dan macam-macam lagi yang agak memeningkan bagi yang tidak suka akan aliran falsafah dan perundangan (betul ker nih?)
Namun begitu, nampaknya BK sudah lari dari tajuk asal artikel jika nak ulas panjang-panjang berkaitan istilah ini.:sweaty:

Bagi manusia yang sudah berpasangan, tidak kiralah mereka ini sudah kahwin atau masih bermadu kasih, mereka tetap tidak akan lari daripada masalah yang timbul seminggu dalam sebulan ini (yang masih single; itu lain cerita he3x). Perkara ini kadang-kadang menjadi phobia bagi sesetengah lelaki yang baru kahwin kerana terpaksa ber'cuti' tanpa mc dari pihak hospital. Sebab itulah sebagai alasan untuk mengukuhkan hujah supaya tidak mahu ber'cuti' lagi, maka si suami biasanya inginkan anak cepat-cepat dan ingin menjadi bapa yang baik. Maka disuruhnya si isteri supaya lekas mengandung supaya tidak wujud lagi 'warning:NO ENTER' di satu sudut yang diidamkan suami. Lampu hijau sentiasa 'on' menandakan jalan itu sudah selamat untuk ditujahi dan di daki tanpa perlu ber'cuti' panjang selama seminggu.

Namun, hal 'datang bulan' pun juga menjadi masalah kepada wanita yang mempunyai selera yang tinggi ketika di katil, maka alasan untuk beranak ini mereka gunakan sebaiknya iaitu mahu menunda tarikh dari cuti panjang 7 hari 7 malam kepada cuti yang lebih panjang iaitu dalam pantang selama 44 hari 44 malam. Mungkin barangkali dalam tujuh atau lapan bulan sebelum beranak itu, dia sudah merasa puas. Maka 'baby' perlu diproses dengan kadar segera. Namun apa yang BK cakap ni tidak semua begitu. Mungkin BK yang cakap merapu ha3x..

Masalah biasa bagi pasangan yang belom kawin itu tidaklah rumit melainkan mereka yang memegang istilah; 'kenduri dahulu baru doa'. Ini yang ramai sekarang ni .rindu Patutlah banyak 'belon' kecik yang bersepah merata-rata. Heheh..Paling rumit pun adalah bagi lelaki ketika awek menyuruhnya membeli "Kotex" atau "Anion Luve Moon". Kali ini poket lelaki menipis lagi. Jika lelaki itu ingin menunjukkan rasa tanggungjawab, maka proses menebalkan muka pun diteruskan jua untuk ke Guardian demi seorang awek yang dicintai dan dibawa bersamanya adalah hasil di dalam balutan plastik hitam. 'soft & comfortable'...katanya:sorry:.

BK tidak mahu mengaitkan tarikan graviti bulan mengambang dengan emosi kerana ramai di kalangan gurl yang tidak 'stabil' sebenarnya.gelakguling

No comments: