Wednesday, February 17, 2010

memandang lelaki dri sudut sakit?????

Ramai yang suka berfikiran terbuka. Malah ramai juga yang suka berfikiran seperti insan yang terluka, mungkin kerana dinodai lalu ditinggalkan oleh sang kekasih hati yang amat dicintainya. Namun teramatlah ramai yang suka berfikiran sempit dan bersikap hipokrit dalam pemahaman dan tindakan; semata-mata ingin menunjukkan sifat feminisme pada sudut yang salah, lalu meletakkan diri di tempat yang merugikan kehidupan yang sebenarnya merupakan sesuatu yang indah seindah suria pagi dan pelangi selepas hujan. Hologram cinta yang cantik diganti dengan bentuk keburukan maha dasyat. Lalu mereka bertindak nekad menelanjangkan separuh dari kehidupannya untuk menjauhi daripada insan yang bergelar lelaki. Maka bertanyalah sang jejaka di dalam hati, 'kenapa ini semua salah lelaki'? Lalu si kasanova pula bertanya, 'apakah lelaki seperti aku ni ajer yang salah'? Tidak kurang juga cakap-cakap si pondan dan nyah juga bermonolog seorang diri, 'kenapa aku berbuah dada seperti ini?' Maka segala bentuk persoalan melibatkan kefahaman selalunya disandarkan kepada lelaki yang mempunyai hormon dominan testosteron.

Tidak mengapalah, andai itu takdirnya seorang lelaki dilabelkan mengikut selera seorang wanita yang pro kepada kepincangan sempit dan arah tuju yang kabur, maka biarkan mereka diselimuti kekesalan lampau. Sakitnya hatimu bukan kerana mata aku yang sakit. Sakitnya hatimu kerana terlalu memandang rupa paras keburukan kejadian itu dengan perasaan dendam dan kebencian. Kisah seorang wanita yang dipermainkan lelaki kasanova sehingga melahirkan anak di luar nikah atau kisah perceraian di alam rumahtangga selalu diputarkan di segenap ruang gerakan feminisme yang berdiri di atas tuntutan hak sebagai seorang wanita yang dirasakan mempunyai 101 peratus kebaikan berbanding dengan seribu orang lelaki yang tidak mempunyai selera pun untuk berjuang setanding wanita dalam menuntut hak berdasarkan jantina. Betulkah wanita selalu menjadi mangsa lelaki? Atau lelaki yang selalu menjadi mangsa wanita untuk menimbulkan sesuatu isu berat sebelah supaya wanita nampak gagah dan kuat di sudut lain? BK tidak mahu menyentuh pasal perceraian di dalam keluarga kerana itu masalah antara suami isteri yang menjadi rahsia antara mereka dan itu adalah dibawah bidang kuasa mahkamah syariah. Maka BK tidak berhak menyalahkan si suami meskipun hanya suami seorang sahaja yang boleh menjatuhkan talak pada isteri.

Mengikut statistik kes gadis melahirkan anak luar nikah, sehingga tahun 2009 ia sudah mencecah seramai 200 ribu orang. BK tidak tahu daripada tahun berapa ia dikira tapi jika dilihat kepada jumlah tersebut, ia sungguh membimbangkan bagi negara yang diiktiraf sebagai negara Islam. Kes yang melibatkan pembuangan bayi pun banyak juga. Mengikut pandangan pro feminisme, kebanyakan para wanita telah menjadi mangsa lelaki akibat ditipu. Bagi pendapat BK, perkataan tipu itu merupakan satu pandangan yang serong kepada lelaki. Sudah tentu. Heheh...Adakah dengan perkataan itu berhak menghalalkan dengan apa yang sudah terjadi dan mengharapkan lelaki itu akan kembali? Atau ia sekadar untuk menunjukkan bahawa wanita itu lebih baik daripada lelaki? Kebanyakan kes seperti ini bermula di peringkat umur baligh yang baru ingin bercinta dan mengenal apa itu seks. Memang betullah pada umur ini mereka baru berpisah daripada keluarga dan mereka berhak mencorakkan hidup mereka sendiri apabila berada di pusat pengajian tinggi atau sudahpun mempunyai kerja di masa muda, namun disebabkan sudah terlanjur lalu mengandung anak sulong, sudah pasti jalan pulang untuk gadis tersebut sungguh payah dan merumitkan. Maka sekali lagi lelaki perlu disalahkan.

Para feminist juga mengatakan ia adalah disebabkan oleh pujuk rayu lelaki yang berhidung belang kerana mengikat wanita itu dengan cerita cinta. Lalu BK mengatakan, itu semua adalah tipu semata-mata. Tidak akan berlaku sesuatu perkara jika hanya seorang ajek bertepuk sebelah tangan. Siapa gatal dan siapa yang tolong garu gatal tersebut perlulah kita luaskan dalam erikata keadaan yang sebenar. Mungkin lelaki ada kelemahannya, mungkin juga wanita itu yang terlalu lemah. Itu bergantung bagaimana kita memikirkannya.

Selepas mengetahui bahawa wanita yang dicintainya itu sudah termengandung, maka lelaki itu pun cabut lari lalu dituduh lelaki tidak mahu bertanggungjawab. Itu kenyataan yang betul tapi kita perlu beri pertimbangan sewajarnya kenapa lelaki itu melarikan diri. Hanya diri sendiri sahaja yang dapat memahami keadaan sebenar kenapa dia bertindak sebegitu. Tapi bagaimana pula dengan bohsia yang melakukannya bukan di atas dasar cinta tetapi atas suka sama suka? Maka apa perlunya mereka memohon supaya lelaki itu bertanggungjawab jika dia termengandung padahal lelaki itu sudah hilang entah kemana dan sekadar melepas 'geram' hanya untuk sementara? Orang kata pandai makan pandailah simpan. Pinggan yang digunakan takkan hendak suruh orang lain pula basuh. Takkan nak minta tolong Ah Chong atau si Muthu menjadi pak sanggup untuk menutup malu.

Hahaha...senangnya mereka cakap bahawa lelaki lah yang bersalah, mudah sungguh mereka berbicara. Padahal jika kita bergelar manusia ini adalah semua sama sahaja. BK ingin menekankan bahawa setiap manusia tidak kira lelaki atau wanita, nafsu itu tetap ada dan wujud mengikut fitrah sebagai seorang manusia biasa. Lelaki sudah ditetapkan sebagai timba dan wanita adalah sebagai perigi. Maka memang betullah bahawa timba mencari perigi. Namun tidak semestinya timba itu selalu tenggelam di dalam perigi. Perigi mencari timba itu selalunya tidak pula diwar-warkan oleh gerakan feminisme. Inilah yang hairan bin ajaib. Sungguh banyak perkara ini berlaku sekarang. Namun bila berlaku sesuatu yang melibatkan penindasan di kalangan mereka, maka lelakilah yang akan menjadi mangsa. Siapa lelaki seterusnya yang akan menjadi mangsa? Harap-harap lelaki itu bukanlah Budak Kuning huhuhuuu...

Bayangkan jika fitrah manusia itu sudah ditetapkan terbalik, maka lelaki pula yang akan menjadi mangsa dan penuhlah di dada akhbar menceritakan bahawa lelaki dirogol wanita. BK bukan hendak menyalahkan takdir tetapi jika kita dapat selami sesama sudah tentulah kita akan ketemui jawapan yang pasti. Oleh kerana tiada yang mewakili suara lelaki untuk meneutralkan segala keburukan yang dibawa oleh para feminist terhadap lelaki, maka biarlah BK menjadi suara bagi pihak ini.

Jawapan yang pasti ialah manusia mana yang tidak terlepas daripada membuat dosa dan kesilapan. Hanya satu-satu yang ada adalah jalan TAUBAT kepada yang Maha Esa. Hanya itu sahaja jalan pulang...

No comments: